COVID-19: Jerman mungkin kenakan sekatan baharu

Astro Awani
Jun 21, 2020 23:30 MYT
Kadar kebolehjangkitan yang direkodkan pada Ahad adalah melebihi tahap yang diperlukan untuk mengawal penularan koronavirus. - REUTERS/Leon Kuegeler
Jerman mungkin mengenakan sekatan baharu susulan peningkatan kadar kebolehjangkitan COVID-19 ke 2.88 pada Ahad berbanding 1.79 hari sebelumnya.
Kadar kebolehjangkitan yang direkodkan pada Ahad adalah melebihi tahap yang diperlukan untuk mengawal penularan koronavirus.
Kadar kebolehjangkitan 2.88 yang dilaporkan Robert Koch Institute (RKI) bermaksud 100 orang yang dijangkiti COVID-19 boleh membawa jangkitan kepada 288 orang lagi.
Institut ini mengaitkan kenaikan tersebut dengan jumlah kes penularan tempatan yang dikesan di lokasi kilang pembungkusan daging, pusat logistik, kawasan pelarian, gereja dan majlis keluarga.
Canselor Angela Merket sebelum ini memilih untuk melaksanakan sekatan lebih panjang namun terpaksa mengurangkan sekatan secara beransur disebabkan tekanan politik yang mahukan ekonomi dihidupkan semula.
Keseluruhan, Jerman merekodkan lebih 189,000 kes COVID-19 dengan lebih 8,000 kematian.
#COVID-19 #Jerman #kadar kebolehjangkitan #penularan koronavirus #RKI #Robert Koch Institute #sekatan baharu