COVID-19: Jumlah dos vaksin didaftar seluruh dunia cecah 2.56 bilion

Astro Awani
Jun 19, 2021 20:33 MYT
China mendahului dengan 990 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan setakat ini. - Gambar hiasan
SEJUMLAH lebih 2.56 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad.
Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan 990 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 316 juta dos dan India dengan 272 juta dos vaksin.
Negara yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos vaksin adalah Brazil dan melebihi 70 juta dos, United Kingdom (UK).
Manakala Jerman dengan 65 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 46 juta dan 45 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 34 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Filipina dan Thailand pula melebihi 7 juta dos, diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos vaksin didaftarkan.
#COVID-19 #vaksin #AS #United Kingdom #Thailand #Itali #Johns Hopkins University