Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini melaporkan 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes.
Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan, peningkatan itu disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja manakala hanya 15 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.
Daripada jumlah semalam iaitu 12,693 kes, Singapura mengklasifikasi 10,525 kes dari asrama pekerja asing atau kira-kira tiga peratus daripada jumlah kira-kira 323,000 pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
Kementerian berkenaan memaklumkan ia masih mengkaji butiran kes berkenaan dan perkembangan terbaharu mengenainya akan diumum kemudian hari ini.
Setakad tengah hari semalam, Singapura mencatatkan 618 kes baharu jangkitan COVID-19, dengan kira-kira 96 peratus adalah penghuni asrama manakala 12 lagi pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.
Tiada kes import dilaporkan manakala hanya sembilan kes dalam komuniti pada Sabtu.
Dalam kenyataan terperinci yang dikeluarkan lewat malam tadi, MOH menyatakan ia mengesan banyak lagi kes susulan ujian yang meluas.
"Kebanyakan kes berkenaan melibatkan sakit ringan dan menerima pengawasan dalam fasiliti pengasingan komuniti atau wad umum di hospital. Tiada seorang pun daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi," menurutnya.
MOH menyatakan daripada 618 kes baharu semalam, 81 peratus dikaitkan dengan kluster yang diketahui manakala yang lain masih menunggu pengesanan kontak.
Pada minggu lepas (18-24 April), kementerian mengesan pertalian bagi 1,226 kes yang sebelum ini dalam kes tidak dikaitkan.
Sementara itu, seramai 1,002 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenar pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 24 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi manakala 12 meninggal dunia.
Singapura mengenal pasti tujuh kluster baharu pada Sabtu, iaitu ASPRIWestlite Papan; Kian Teck Hostel; SCM Tuas Lodge; Northpoint City; 21, Defu South Street 1; 8, Martin Place; dan 107, West Coast Vale.
Kluster terbesar di Singapura ialah S11 Dormitory @ Punggol yang setakad ini mempunyai 2,268 kes disahkan positif COVID-19.
Daripada jumlah pada Sabtu, Singapura juga mengklasifikasi 1,135 sebagai kes komuniti, 569 kes import, dan 464 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak mendiami asrama. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020
Peningkatan kes COVID-19 di Singapura disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
COVID-19: Jumlah kes di Singapura melepasi 13,000 orang
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes.