COVID-19: Kekal fokus perangi pandemik - WHO

Astro Awani
Januari 25, 2022 01:57 MYT
Dr Tedros berkata penularan varian Omicron tidak boleh dianggap sebagai penamat fasa akut bagi virus tersebut. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan saranan agar negara dunia kekal fokus dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, penularan varian Omicron tidak boleh dianggap sebagai penamat fasa akut bagi virus tersebut.
Amaran ini dikeluarkan Dr Tedros di mesyuarat lembaga eksekutif WHO.
Beliau juga mengakui, dunia perlu sentiasa bersedia dengan kemunculan varian baharu.
Dr Tedros menegaskan bahawa varian Omicron yang tidak menyebabkan simptom serius memberikan tanggapan bahawa pandemik COVID-19 sudah berlalu.
Namun, beliau mengulangi pendirian bahawa kadar vaksinasi populasi dunia perlu ditingkatkan ketika pandemik kini memasuki tahun ketiga.
Negara-negara dunia juga perlu memaksimumkan langkah pencegahan dan keselamatan, termasuk ujian serta proses inokulasi.
#COVID-19 #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #vaksin #Omicron