ANGKA korban akibat pandemik COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global di seluruh dunia sudah melebihi 1.09 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 217,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 151,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 111,000 dan 84,000 kes kematian dan United Kingdom mencatat 43,000 kes.

Itali, Peru, Sepanyol dan Perancis pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Iran, Colombia, Argentina dan Rusia. Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini lebih 38.34 juta kes.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.




Sementara itu, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan AS terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.97 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 7.3 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.1 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.34 juta kes.

Sementara itu, Argentina, Columbia, Sepanyol dan Peru melepasi angka setengah juta kes. Turut melepasi 500,000 kes adalah Perancis, Mexico, Afrika Selatan, United kingdom dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan adalah Chile, Iraq,  Bangladesh, Itali, Filipina dan Arab Saudi.

Manakala antara negara yang melepasi angka 100,000 sehingga 200,000 adalah Belanda, Kanada, Belgium, Romania, Maghribi dan Ecuador.

Terdapat juga beberapa negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.