COVID-19: Kematian seluruh dunia hampir 1.25 juta

Astro Awani
November 7, 2020 23:25 MYT
Seorang pemandu melalui di hadapan dinding yang dihiasi mural membawa mesej berkaitan kesedaran COVID-19 di Jakarta, Indonesia, 31 Ogos, 2020. REUTERS
ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 menghampiri 1.25 juta kes di seluruh dunia.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,248,635 kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 236,989 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 162,015 kes.
Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 125,562 dan 94,323 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 48,978 kes kematian akibat wabak berkenaan.
Negara-negara lain dengan angka korban antara 30,000 dan 50,000 ialah Itali (41,063), Perancis (40,220), Sepanyol (38,833), Iran (37,832), Peru (34,783), Argentina (33,348), Columbia (32,595) dan Rusia (30,010).
Sementara itu, negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#pandemik #Johns Hopkins University #jumlah kematian #kes kematian #Amerika Syarikat #United Kingdom #Brazil #India #COVID-19 #Mexico