VLADIVOSTOK: Rakyat Rusia kembali ke pejabat pada Isnin selepas 9 hari sekatan sementara dikuat kuasakan.

Namun pihak berkuasa tidak pasti sama ada sekatan tersebut berjaya menurunkan jumlah jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di negara itu.

Jumlah kes harian dan kematian COVID-19 masih kekal tinggi sepanjang tempoh sekatan tersebut.

Pihak berkuasa di Kremlin menjelaskan, ia masih terlalu awal untuk melihat kesannya.

Bulan Presiden Vladimir Putin mengumumkan arahan sekatan sementara dengan tidak membenarkan rakyat ke pejabat bermula 30 Oktober hingga 7 November.

Malah pihaknya meluluskan kerajaan negeri untuk melanjutkan tempoh tidak bekerja sekiranya perlu dilaksanakan.

Namun, hanya lima negeri yang melanjutkan tempoh sekatan tersebut.

Negeri lain melaksanakan sekatan seperti melarang perhimpunan awam di restoran dan panggung wayang.

Untuk rekod, sejumlah 39,400 kes positif baharu dan hampir 1,200 kes kematian direkodkan pada Isnin.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding lebih 41,000 kes hari sebelumnya.

Ketika ini, Rusia merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam kalangan negara Eropah dengan lebih 40,000 kes dan 1,100 kematian sehari sejak Oktober lalu.