Pelbagai pihak di Indonesia kini mendesak pemerintah pusat menguatkuasakan 'lockdown' atau perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan kes kematian akibat virus COVID-19 semakin membimbangkan.
Sebanyak 12 lagi kematian dicatat dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes sejak kematian pertama pada 11 Mac kini meningkat kepada 114.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 130 kes positif baharu dicatat menjadikan jumlah kes kini sebanyak 1,285 kes," kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto.
Sejak penularan virus itu di Wuhan, China, pemerintah Indonesia mengambil tindakan secara berperingkat dalam membendung wabak tersebut seperti menyekat kemasukan pelawat dari China sebelum menutup sepenuhnya kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya ke luar negara mulai 20 Mac.
Pada 16 Mac, Indonesia bertindak menutup sekolah, pusat pelancongan, tempat ibadat serta melarang aktiviti perhimpunan dalam skala besar-besaran sebelum diperluaskan kepada penutupan pusat hiburan, pembatasan jumlah penumpang dan frekuensi serta tempoh masa perkhidmatan pengangkutan awam, kempen jarakan sosial dan arahan bekerja dari rumah bagi sektor bukan kritikal, yang dikuatkuasakan sehingga 19 April.
Pelbagai pihak termasuk pemimpin politik, golongan akademik, aktivis masyarakat , netizen serta media Indonesia kini mendesak pemerintah pusat menguatkuasakan segera lockdown atau PKP antara wilayah di Indonesia.
Mereka khuatir pergerakan orang ramai, terutama dari Jakarta dan kota berhampiran yang penduduknya berjumlah lebih 30 juta orang dan mencatat jumlah kematian serta kes positif tertinggi ketika ini, akan memburukkan lagi penularan virus itu ke wilayah lain.
Mengikut pecahan kes kematian, Jakarta mencatat 68 kes diikuti Jawa Barat (17 kes) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD dalam satu kenyataan menyebut bahawa pemerintah pusat merancang untuk melaksanakan kuarantin wilayah atau pembatasan pergerakan antara wilayah (provinsi atau negeri) di Indonesia.
"Kuarantin wilayah itu berbeza dengan konsep "lockdown" atau perintah berkurung, pelaksanaan atau arahan kuarantin wilayah itu adalah bidang kuasa pemerintah pusat," katanya.
Kuarantin wilayah itu bermaksud pembatasan pergerakan orang ramai antara satu wilayah (provinsi atau negeri) ke wilayah lain di seluruh Indonesia.
Terdapat 34 provinsi di Indonesia, yang merupakan negara kepulauan terbesar di dunia dengan lebih 16,000 pulau dan antara pulau utamanya ialah Sumatera, Pulau Jawa, Bali, Lombok, Sulawesi, Kepulauan Riau, NusaTengara Barat, Papua dan Kalimantan.
Sementara itu, media tempatan melaporkan Presiden Joko Widodo dan jemaah menterinya akan bermesyuarat esok bagi memutuskan sama ada melaksanakan perintah lockdown atau sebaliknya.
Indonesia juga menjadikan Wisma Atlet Kemayoran, yang pernah menjadi Perkampungan Sukan Asia 2018, sebagai hospital sementara bagi menangani pesakit COVID-19 bermula 23 Mac lepas selain mula melakukan semburan disinfeksi di jalan raya dan kawasan tumpuan orang ramai di seluruh wilayahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 29 2020
Sebanyak 12 lagi kematian dicatat dalam tempoh 24 jam di Indonesia, menjadikan jumlah kes sejak kematian pertama pada 11 Mac kini meningkat kepada 114.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.