NEGARA-negara di Afrika sedang berdepan gelombang kedua COVID-19 selepas merekodkan jumlah jangkitan sehingga 2,379,094 kes dengan 56,337 kematian.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika) memaklumkan, 16,320 kes baharu dilaporkan pada Ahad, dengan hampir 20,000 kes dicatatkan setiap hari.

Afrika Selatan pada Ahad melaporkan 7,999 kes baru setiap hari, menjadikan jumlah kesihatan meningkat kepada  860,964 kes.

Sementara itu, 170 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada 23,276, 

Kementerian Kesihatan juga melaporkan sebanyak 761,011 kes pulih sehingga kini.

Selain Afrika Selatan, kes di Mesir, Nigeria, Namibia, Uganda, Rwanda dan Burkina Faso juga meningkat sejak Disember.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendesak negara-negara Afrika untuk terus berwaspada terhadap lonjakan kes COVID-19 yang disebabkan perhimpunan semasa musim cuti.