JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini naik ke angka 107.2 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.6 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes ialah United Kingdom, Rusia, Perancis dan Sepanyol.

Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.34 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 470,200 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 233,520 kes, manakala Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran dan Colombia.