JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 268.4 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 49.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom mencatat 10.7 juta kes, Rusia 9.7 juta manakala Turki hampir 9 juta.

Perancis pula mencatatkan lebih 8 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan hampir 4.3 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia hampir 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan hampir 272,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 5.28 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 794,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 616,000 kes, India lebih 474,000 kes dan Mexico lebih 295,000 kes.

Sementara rusia kini catat lebih 280,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 49,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban.