JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 54.3 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 54,273,403.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 11,003,469 kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 8,814,579 kes, manakala Brazil merekodkan 5,848,959 kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Perancis (1,915,713), Rusia (1,910,149), Sepanyol (1,458,591), Argentina (1,310,491), United Kingdom (1,372,884) dan Colombia (1,199,149), Itali (1,178,529), Mexico (1,003,253) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Peru (934,899), Jerman (802,946), Iran (762,068), Afrika Selatan (751,024), Poland (712,972), Ukraine (551,533), Belgium (531,280), dan Chile (531,273), Iraq (519,152) melepasi angka setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus termasuk Indonesia (467,113), Republik Czech (459,271), Belanda (454,914), Bangladesh (432,333), Turki (414,278), Filipina (407,838), Arab Saudi (353,255), Pakistan (356,904) dan Israel (323,741).

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.