Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini  99.54 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.

COVID-19 | Kes positif global hampir lepasi 100 juta


Ini diikuti India dengan 10.66 juta kes dan Brazil dengan 8.84 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Indonesia, Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Iraq, Israel, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

COVID-19 | Moderna sahkan vaksin berkesan tangani mutasi baharu virus


Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi,  Hungary, Jordan dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.


BACA: COVID-19: Korban seluruh dunia cecah 2.13 juta

BACA: COVID-19: Kes positif dijangka cecah 100 juta minggu ini - WHO