JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencatatkan angka 47.2 juta.

Ia berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.34 juta kes.

Ini diikuti India dengan 8.26 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.55 juta kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Colombia dan United Kingdom.

Mexico, Peru, Itali, Afrika Selatan, Iran, Jerman dan Chile termasuk dalam negara yang merekodkan setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan ialah Iraq, Belgium, Indonesia, Ukraine, Bangladesh, Poland, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi dan Pakistan.

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 200,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.



Dalam pada itu, statistik juga menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah 1.21 juta kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 232,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 160,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 123,000 dan 92,000 kes kematian.

Manakala, jumlah kematian di United Kingdom melepasi angka 46,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.