COVID-19: Kes positif global kini melepasi 4 juta

Astro Awani
Mei 10, 2020 22:19 MYT
Data dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia kini melepasi 4 juta kes. -Gambar fail
ANGKA jangkitan akibat pandemik COVID-19 terus meningkat.
Data dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia kini melepasi 4 juta kes.
Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.32 juta.
Empat negara kini melepasi angka 200 ribu kes iaitu Sepanyol, Itali, United Kingdom dan Rusia.
Perancis dan Jerman masing-masing merekodkan 177,094 dan 171,780.
Ini diikuti dengan Brazil, Turki dan Iran.
#Amerika Syarikat #AS #Brazil #COVID-19 #Iran #kes positif #koronavirus #pandemik #Rusia #Turki #United Kingdom