COVID-19: Kes positif global lebih 125.2 juta

Astro Awani
Mac 25, 2021 21:40 MYT
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30 juta kes. -Gambar fail
JUMLAH kes harian positif COVID-19 global meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 125.23 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30 juta kes.
Ini diikuti Brazil dengan 12.22 juta kes dan India dengan lebih 11.78 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah Perancis, Rusia dan United Kingdom.
Sementara Itali, Sepanyol dan Turki melebihi 3 juta.
Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland mencatat lebih 2 juta kes.
Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Chile, Kanada, Romania, Belgium, Israel, Portugal, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Hungary, Switzerland, Bangladesh, Serbia, Jordan dan Austria pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Jepun, Lubnan, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Slovakia, Panama, Malaysia, Bulgaria, Ecuador dan Belarus.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.
#Johns Hopkins University #COVID-19 #kes positif #jumlah kes harian #United Kingdom #Amerika Syarikat #Afrika Selatan #Indonesia