JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 187.6 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.9 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.1 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki, Rusia dan United Kingdom.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.6 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.47 juta.

Malaysia lebih 855,000 kes manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 353,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.04 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 607,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 534,000 kes, India lebih 410,000 kes, Mexico lebih 235,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 67,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.

Thailand dengan lebih 2,000 angka korban.