JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 256,484,375, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 47,588,874 kes.

Ini diikuti India dengan 34,489,623 kes dan Brazil 21,989,962 kes.

United Kingdom dan Rusia mencatat lebih 9 juta kes, manakala Turki lebih 8 juta kes dan Perancis lebih 7 juta.

Argentina, Sepanyol dan Colombia mencatat kes positif COVID-19 melebihi angka 5 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan 4,252,705 kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.

Sementara itu, Singapura merekodkan 248,587 kes positif COVID-19.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 5,138,066 kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 769,654 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes dan Mexico dengan hampir 292,000 kes.

Sementara Rusia kini mencatat sebanyak 256,669 kes kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 98,000 kes adalah Jerman, sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 143,714 kes korban.

Filipina di tangga kedua dengan 46,698, diikuti Malaysia dengan 29,892 kes.

Manakala Thailand mencatat 20,305 angka korban.