JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 394 juta.

Ini berikutan pertambahan 2.09 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 76 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 26 juta kes.

Negara yang melepasi angka 20 juta kes ialah Perancis.

United kingdom, Turki dan Rusia pula melepasi angka 12 juta kes, manakala Itali dan Jerman 11 juta kes.

Sepanyol catat angka lebih 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.4 juta.

Diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 2.9 juta dan Thailand dengan 2.4 juta kes.

Singapura mencatat kes positif melebihi 390,000.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.73 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 902,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 632,000 kes, India lebih 501,000 kes, dan Rusia lebih 328,000 kes, sementara Mexico mencatat lebih 309,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 54,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.