COVID-19: Kes positif hampir 16 juta, korban lebih 641,000

Agensi
Julai 25, 2020 21:20 MYT
Berdasarkan data terbaharu Johns Hopkins University, Jumlah itu termasuk 628,903 kematian yang dilaporkan WHO. -Gambar fail
DUNIA terus mencatatkan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.
Kes positif pandemik itu kini lebih 15.8 juta.
Berdasarkan data terbaharu Johns Hopkins University, jumlah itu termasuk 628,903 kematian yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan 74,630 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.1 juta kes.
Brazil pula merekodkan lebih 85,000 kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2.3 juta kes. Sebanyak 463.218 kes direkodkan di Sao Paulo dengan angka kematian sebanyak 21,206.
Sementara itu, India pula melaporkan 1.3 juta kes positif dengan jumlah kematian sebanyak 31,358.
Negara-negara lain pula merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.
#Amerika Syarikat #AS #Brazil #COVID-19 #Dunia #India #jangkitan #Johns Hopkins University #kes positif #kesihatan #koronavirus #Mexico #pandemik #virus #wabak #WHO