COVID-19: Kes positif hampiri 228 juta, kematian 4.68 juta

Astro Awani
September 18, 2021 22:57 MYT
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 42,038,402 kes positif dan 673,306 kematian akibat COVID-19 setakat ini. - Gambar fail REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 228 juta.
Ini berikutan hampir 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 227,939,234.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 42,038,402 kes.
Ini diikuti India dengan 33,417,390 kes dan Brazil dengan 21,080,219 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan 4,188,529 kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan, 2,347,550, Malaysia (2,082,876) dan Thailand (1,462,901) serta Singapura (76,792).
Sementara itu, angka kematian seluruh dunia kini melebihi 4.68 juta iaitu pada 4,683,818 kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 673,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 589,000 kes, India lebih 444,000 kes, Mexico lebih 270,000 kes.
Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 135,000 kematian.
Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 140,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua angka korban tertinggi dengan lebih 36,000 diikuti Malaysia dengan 23,000 kes.
Manakala Thailand mencatatkan lebih 15,000 angka korban.
#COVID-19 #kes positif #Johns Hopkins University #jumlah kematian