COVID-19: Kes positif lepasi angka 31.74 juta

Astro Awani
September 23, 2020 22:00 MYT
Lebih 200,000 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 31.74 juta kes.
Ini berikutan lebih 200,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.93 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 5.64 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.59 juta kes.
Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.
Sementara itu Colombia, Peru, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, Argentina dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.
Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan dan Turki, Pakistan dan Itali.
Negara merekodkan angka positif melebihi 250,000 termasuk Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.
Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan, Romania, Panama dan Mesir.
Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Colombia #COVID-19 #Indonesia #Johns Hopkins University #kes positif #koronavirus #sepanyol #United Kingdom