DUNIA terus merekodkan lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 24.8 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.9 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3.8 juta kes manakala India merekodkan 3.4 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula mencatatkan 982,573 kes.

Sementara itu, Peru (629,961), Afrika Selatan (620,132), Columbia (590,492) dan Mexico (585,738) melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 400,000 pula adalah Sepanyol (439,286), Chile (408,009), manakala Argentina (392,009), Iran (371,816), United Kingdom (334,915), dan Arab Saudi (313,911) masih dalam rekod melepasi 300,000 kes.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Bangladesh (308,925), Perancis (304,947), Pakistan (295,372), Turki (267,064), Itali (266,853), Jerman (242,670 ), Iraq (227,446) dan FIlipina (213,131).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Indonesia (169,195), Kanada (129,592 ), Ukraine (119,751), Qatar (118,407), Bolivia (114,409), Israel (113,465), Ecuador (112,906), dan Kazakstan (105,558).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Dari segi jumlah kematian, lebih 5,000 kes dicatatkan dalam 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 839,221.

AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 182,653 kematian, diikuti Brazil dan Mexico, masing-masing dengan 119,504 dan 63,146 kematian.

India pula merekodkan angka korban sebanyak 62, 550 kes.

United Kingdom mencatatkan angka kematian sebanyak 41,585 kes diikuti Itali dan Perancis masing-masing merekodkan angka melebihi 30,000.