DUNIA terus merekodkan lebih 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 25 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan hampir 6 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3.8 juta kes manakala India merekodkan 3.5 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula mencecah 987,000 kes.

Sementara itu, Peru (639,435), Afrika Selatan (625,056), Columbia (599,884) dan Mexico (591,712) melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 400,000 pula adalah Sepanyol (439,286), Chile (409,974), Argentina (401,239), manakala Iran (373,570), United Kingdom (336,641), Perancis (315,813), Arab Saudi (314,821) dan Bangladesh (310,822) merekodkan angka jangkitan melepasi 300,000 kes.

Sementara itu, enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan (295,636), Turki (268,546), Itali (268,218), Jerman (243,305), Iraq (231,177) dan FIlipina (217,396).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Indonesia (172,053), Kanada (129,838), Ukraine (121,930), Qatar (118,575), Bolivia (115,354), Israel (114,020), Ecuador (113,648), dan Kazakstan (105,684).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Dalam perkembangan lain, jumlah kematian global pula merekodkan lebih 5,000 kes dicatatkan dalam 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 844,095.

AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 182,982 kematian, diikuti Brazil dan Mexico, masing-masing dengan 120,462 dan 63,819 kematian.

Sementara itu, India pula merekodkan angka korban sebanyak 63,498 kes.

Dalam pada itu, United Kingdom mencatatkan angka kematian sebanyak 41,586 kes diikuti Itali dan Perancis masing-masing merekodkan angka melebihi 30,000.