LEBIH 200,000 kes baharu positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif global menghampiri 24 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.76 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3.6 juta kes manakala India merekodkan 3.2 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Russia pula mencecah 963,655 kes.

Sementara itu, Afrika Selatan (611,450), Peru (600,438), Mexico (563,705) dan Columbia (551,688) melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 400,000 pula adalah Sepanyol (412,553), Chile (400,985), manakala Iran (363,363), Argentina (350,867), United Kingdom (329,821), dan Arab Saudi (309,768) masih dalam rekod melepasi 300,000 kes.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Bangladesh (299,628), Pakistan (293,711), Perancis (285,879),Turki (261,194), Itali (261,174), Jerman (237,083) dan Iraq (211,947).

Negara yang melepasi angka 100,000 ialah Filipina (197,164), Indonesia (157,859), Kanada (127,647), Qatar (117,498), Ukraine (110,949), Bolivia (110,148), Ecuador (109,030), Israel (106,245) dan Kazakstan (104,902).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Dari segi jumlah kematian, lebih 5,000 kes dicatatkan dalam 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 815,248.

AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 178,065 kematian, diikuti Brazil dan Mexico, masing-masing dengan 115,309 dan 60,800 kematian.

Dua negara merekodkan jumlah kematian melebihi 40,000 iaitu India (58,390) dan United Kingdom (41,535) manakala Itali dan Perancis mencatat angka melebihi 30,000.