JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini sebanyak 92,993,666 kes.

Ia berikutan lebih 900,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 23,276,346 kes.

Ini diikuti India dengan 10,512,093 kes dan Brazil, 8,324,294 kes.

Dua negara kini merekodkan kes positif COVID-19 melangkaui 3 juta iaitu Rusia (3,459,237) dan United Kingdom (3,269,725).

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan kes positif lebih satu juta.

Sementara itu, Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada,Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Sebanyak 39 negara lain merekodkan kes positif antara 100,000 dan 300,000, termasuk Malaysia.