COVID-19: Kes positif seluruh dunia kini 51.2 juta

Astro Awani
November 10, 2020 22:03 MYT
Seorang petugas perubatan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas seorang pesakit di sebuah fasiliti kesihatan di Berlin, Jerman, 8 Okt, 2020. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 51.2 juta.
Ini berikutan ratusan ribu kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia adalah 51,284,467.
Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 10,209,870 kes.
Ini diikuti India dengan 8,591,730 kes, manakala Brazil merekodkan 5,675,032 kes.
Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Perancis, Rusia, Sepanyol, Argentina, United Kingdom dan Colombia.
Mexico, Peru, Afrika Selatan, Jerman, Iran, Poland, Chile, Iraq dan Belgium termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Ukraine, Indonesia, Belanda, Bangladesh, Filipina, Turki, Arab Saudi dan Pakistan.
Sebanyak 25 negara pula merekodkan angka positif COVID-19 dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.
#COVID-19 #kes positif #Johns Hopkins University #Amerika Syarikat #Jerman #Belanda #Chile #Colombia #United Kingdom #Rusia #Bangladesh #Filipina #Brazil #India