Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 35 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 20 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Turki melebihi 5 juta kes.
Argentina, Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.6 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.6 juta.
Malaysia pula 1.22juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 700,000 dan lebih 65,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.27 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 615,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 560,000 kes, India lebih 426,000 kes dan Mexico mencatatkan lebih 243,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 104,000 kes.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 28,000 diikuti Malaysia.
Manakala Thailand dengan lebih 5,000 angka korban.