JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 117.76 juta kes.

Ia berikutan lebih 200,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.11 juta kes.

Ini diikuti India dengan 11.26 juta kes dan Brazil dengan lebih 11.12 juta kes.

Negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah Rusia dan United Kingdom.

Manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta kes.

Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, dan Indonesia pula mencatat lebih sejuta kes positif.

Manakala Kanada, Chile, Romania, Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes termasuk Malaysia.