JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 212.3 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 37.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.5 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan jumlah melebihi 3.98 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.8 juta.

Malaysia 1.57 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.43 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 629,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 574,000 kes, India lebih 434,000 kes, Mexico lebih 253,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat hampir 132,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 83,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 127,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 31,000 diikuti Malaysia.

Manakala Thailand dengan lebih 9,000 angka korban.