Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 222.9 juta.

Ini berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 40.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.9 juta kes.

United Kingdom antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Perancis, Rusia dan Turki melebihi 6 juta kes.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.1 juta, Malaysia 1.9 juta kes, Thailand 1.3 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 70,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.6 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 653,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 584,000 kes, India lebih 441,000 kes, Mexico lebih 265,000 kes, sementara United Kingdom kini catat lebih 134,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 9,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 138,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 19,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 13,000 angka korban.