JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 9.32 juta kes setakat pagi Khamis.

Menurut data terbaru Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam yang lalu terdapat peningkatan kira-kira 170,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.36 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.14 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 600,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 456,000 kes dan United Kingdom dengan 308,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan angka melebihi 100,000 kes iaitu Perancis, Jerman, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi, Bangladesh, Kanada dan Afrika Selatan.