Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.67 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 30.41 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.55 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Argentina dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.41 juta kes manakala Malaysia lebih 750,000 kes.
Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 264,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia semakin hampiri 4 juta kes.
Berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, angka korban kini melebihi 3.95 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 604,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 518,000 kes, India lebih 399,000 kes dan Mexico lebih 233,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 58,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 24,000 diikuti Malaysia sementara Thailand lebih 2,000 angka korban dicatatkan.