ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat pandemik itu kini melepasi angka 1.25 juta.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 237,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 162,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 126,000 dan 94,000 kes kematian.

Manakala, kematian di United Kingdom melepasi 49,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Argentina, Colombia dan Rusia pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.