COVID-19: Korea Selatan rekod 297 kes baharu, angka tertinggi sejak Mac

Agensi
Ogos 19, 2020 15:33 MYT
Angka tiga digit yang direkodkan pada Rabu merupakan hari keenam berturut-turut dengan kebanyakan kes direkodkan di bandar Seoul. - Foto REUTERS
Korea Selatan merekodkan 297 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu, iaitu jumlah harian tertinggi yang dicatat sejak awal Mac lalu.
Dengan penambahan kes tersebut, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu kini 16,058 kes termasuk 306 kematian.
Angka tiga digit yang direkodkan pada Rabu merupakan hari keenam berturut-turut dengan kebanyakan kes direkodkan di bandar Seoul.
Susulan peningkatan semula kes di negara itu, pasukan perubatan kini berdepan cabaran untuk mencari punca penularan jangkitan termasuk di pusat ibadat dan restoran.
Bagi mencegah penularan yang lebih luas, pihak berkuasa mengenakan arahan penjarakan fizikal yang lebih ketat termasuk hanya membenarkan lebih 50 orang berhimpun di dalam dewan dan 100 orang berhimpun di luar dewan.
Sementara itu, beberapa fasiliti yang mempunyai risiko tinggi seperti kelab malam, pusat karaoke, restoran bufet dan lain-lain akan ditutup.
#angka tertinggi #COVID-19 #kes positif #Korea Selatan #perubatan #Seoul