COVID-19: Korea Utara lapor kes pertama, pesakit bakal dikenakan hukuman

Asyraf Roslan
Julai 26, 2020 00:03 MYT
Kim Jong Un isytihar darurat dan bertindak menutup Kaesong selain memerintahkan siasatan ke atas unit tentera di sepanjang sempadan. -Gambar fail
Korea Utara umum kes pertama COVID-19 di negara itu.
Mangsa pertama COVID-19 dari negara itu dipercayai melintasi sempadan dari Korea Selatan secara haram pada bulan ini.
Menurut laporan media antarabangsa, mangsa merupakan seorang pelarian yang telah lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal.
"Kejadian tersebut berlaku di kota Kaesong di mana pelarian yang pergi ke Korea Selatan tiga tahun lalu disyaki dijangkiti koronavirus telah kembali pada 19 Julai lalu secara haram," lapor media KCNA.
Mangsa dilapor sedang dikuarantin.
Pihak berkuasa dalam pada itu cuba mengesan mereka yang pernah berhubung dengan mangsa.
Susulan pengumuman itu, presiden Korea Utara, Kim Jong Un mengadakan mesyuarat politburo tergempar.
Pengisytiharan darurat dikeluarkan dan siasatan ke atas unit tentera di sepanjang sempadan dilaksanakan serentak dengan penutupan sempadan Kaesong.
Kim juga meminta agar pelarian tersebut dikenakan hukuman berat.
Terdahulu, pihak berkuasa Korea Utara tidak pernah melaporkan sebarang rekod jangkitan COVID-19.
Kes ini merupakan yang pertama dilaporkan kepada media.
#COVID-19 #Kes Pertama #Kim Jong Un #Korea Selatan #Korea Utara #mangsa #Media #presiden