BEBERAPA negara sudah memulakan larangan perjalanan ke Afrika Selatan selepas varian COVID-19 terbaharu dikesan di negara itu.

Menurut pakar, varian terbaharu itu dikesan di negara tersebut dan dilaporkan sudah menjangkiti anak muda dengan penyakit yang serius.

Menteri Kesihatannya, Zweli Mkhize mengesahkan pada Jumaat bahawa anak muda kini berisiko tinggi untuk dijangkiti varian tersebut.

Setakat Isnin, Jerman, Perancis, Tukri dan Switzerland antara negara yang mengeluarkan arahan larangan perjalanan daripada dan ke Afrika Selatan.

Untuk rekod, Afrika Selatan mencatatkan 921,922 kes positif COVID-19 dengan 24,691 kematian.