LEBIH 2,000 penerbangan dibatalkan dan beribu-ribu penerbangan lain ditunda di seluruh dunia disebabkan varian Omicron.

Ia sekaligus mengganggu perjalanan serta percutian untuk Krismas tahun ini.

Menurut laman web Flightwave.com pada jumaat, sejumlah 2,118 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, termasuk 500 penerbangan penerbangan dari dan ke Amerika syarikat.

Dilaporkan juga 5,700 penerbangan terpaksa ditunda.

Ia termasuk beberapa faktor lain iaitu ada antara krew kapal serta kakitangan terpaksa dikuarantin susulan kontak rapat atau dijangkiti COVID-19.

Ia memaksa Lufthansa, Delta, United Airlines dan banyak syarikat penerbangan lain membatalkan penerbangan.