COVID-19: Lebih 42 juta kes positif direkod di seluruh dunia

Isabelle Leong
Oktober 24, 2020 23:42 MYT
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.56 juta kes jangkitan. - coronavirus.jhu.edu
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 42.45 juta kes.
Ini berikutan lebih 430,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 8.56 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 7.81 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.35 juta kes.
Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,487,260), Perancis (1,084,659), Argentina (1,069,368) dan Sepanyol (1,046,132) pula melepasi satu juta kes.
Sementara itu, Columbia (998,942), Peru (883,116), Mexico (880,775), United Kingdom (857,041), Afrika Selatan (714,246), Iran (562,705), Itali (504,509) dan Chile (500,542) melepasi angka setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Iraq (449,153), Jerman (427,396), Bangladesh (397,507), Indonesia (385,980), Filipina (367,819), Turki (359,784), Ukraine (347,317), Arab Saudi (344,552), Pakistan (327,063) dan Israel (309,413).
Negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 pula ialah Maghribi (194,461), Ecuador (159,614), Nepal (155,233), Bolivia (140,612), Qatar (130,965), Panama (127,866), Republik Dominican (124,018), Emiriah Arab Bersatu (123,764), Kuwait (120,927) dan Oman (111,837).
Sweden (110,594), Kazakstan (110,250), Mesir (106,230), Guatemala (104,632), Switzerland (103,653) dan Costa Rica (103,088) juga berada dalam kelompok sama.
Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #Amerika Syarikat #kes positif #koronavirus #Brazil #India #Rusia #United Kingdom #Turki #Itali #Filipina #Indonesia #Malaysia #jangkitan