JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melebihi 598,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 139,000 kematian.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Brazil dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 77,000 dan 45,000 kematian akibat COVID-19.

Mexico, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian 38,000, 35,000 kes dan 30,000 kes.

Sepanyol dan India pula masing-masing merekodkan 28,000 dan 26,000 kes maut COVID-19.

Iran merekodkan kematian lebih 13,000 kes manakala negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000 kes.