COVID-19: Lebih 8,000 jangkitan kes, Filipina catat kes harian tertinggi

Khairunnisa Kasnoon
Mac 22, 2021 15:37 MYT
Markas besar Angkatan Bersenjata Filipina juga ditutup susulan peningkatan kes positif COVID-19 melibatkan anggota berpakaian seragam. - Gambar REUTERS
MANILA: Filipina mencatatkan kes COVID-19 harian tertinggi pada Isnin, dengan 8,019 lagi kes dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan negara itu.
Dua minggu lalu, Manila mengenakan perintah berkurung selepas lonjakan baru dalam kes jangkitan COVID-19.
Jurucakap presiden, Harry Roque memaklumkan, kerajaan sedang berusaha mengurangkan jumlah kes sebanyak 25 peratus atau lebih pada akhir pelaksanaan kuarantin selama dua minggu di wilayah sekitar Bulacan, Cavite, Laguna dan Rizal.
Markas besar Angkatan Bersenjata Filipina juga ditutup susulan peningkatan kes positif COVID-19 melibatkan anggota berpakaian seragam.
Filipina sehingga kini melaporkan lebih daripada 671,792 kes COVID-19 dengan 12,972 kematian, jumlah kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Indonesia.
#Manila #Filipina #Asia #Indonesia #COVID-19 #kes positif #perintah berkurung #kesihatan