COVID-19: Lebih 94,000 jangkitan; peningkatan ketara di Itali, Iran, Korea Selatan

Astro Awani
Mac 5, 2020 00:01 MYT
Petugas berpakaian sut perlindungan diri menjalankan kerja-kerja menyahjangkitan ke atas sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke New York, di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Incheon, Korea Selatan, 4 Mac, 2020. (Foto AP)
ANGKA kematian akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat berikutan pertambahan kematian di luar China.
Setakat pagi Khamis, 3,251 kematian dilaporkan di seluruh dunia dengan China mencatatkan angka tertinggi (2,984 kes).
Di luar China, kematian tertinggi dicatatkan di Itali dengan 107 kes, diikuti Iran (92) dan Korea Selatan (35).
Pada masa sama, 94,608 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan China merekodkan 80,270 pesakit.
Kes jangkitan di luar China terus menunjukkan trend peningkatan di mana Korea Selatan mencatatkan kes positif tertinggi dengan 5,621 kes, Itali 3,089 dan Iran 2,922.
#China #coronavirus #COVID-19 #Iran #Itali #kematian #Korea Selatan