LIMA calon presiden Chile terpaksa menjalani kuarantin pada Khamis selepas menjadi kontak rapat dengan seorang lagi calon yang didapati positif COVID-19, hanya 16 hari sebelum pilihan raya umum (PRU) negara itu.
Jangkitan dipercayai akibat tiada penjarakan fizikal ketika berkempen, menyaksikan empat calon berhubung secara dekat dengan Gabriel Boric, calon dari pakatan Apruebo Dignidad, yang diuji positif sehari sebelumnya.
Susulan itu, empat calon tersebut mengambil bahagian dalam debat yang disiarkan stesen televisyen secara maya dari rumah masing-masing.
Mereka adalah Sebastián Sichel dari parti pemerintah Christian Democratic Party, Yasna Provoste dari parti sama, José Antonio Kast dari Republican Party dan Marco Henríquez Ominami dari Independent Regionalist Party.
Lima daripada mereka adalah antara tujuh calon presiden yang menyertai dua perbahasan awal minggu ini.
Serentak itu juga, semua calon telah menangguhkan aktiviti berkempen.
Boric akan dikuarantin selama 10 hari manakala yang lain perlu mengadakan kuarantin kendiri selama tujuh hari.
Bagaimanapun, memandangkan mereka telah melengkapkan jadual vaksinasi, mereka akan menjalani ujian saringan COVID-19 sekali lagi pada hujung minggu.
Jika keputusan negatif, kesemua calon akan dapat kembali berkempen kepada umum pada Isnin.
Astro Awani
Fri Nov 05 2021
Gabriel Boric kelihatan sedang mengenakan pelitup muka sebelum berucap di Santiago, Chile, 1 Nov, 2021. (Foto AP)
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".
Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Jaime Harrison mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.
Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat.
Iran luluskan enam calon untuk Pilihan Raya Presiden 28 Jun
Ibu Pejabat Pilihan Raya Iran telah mengumumkan senarai akhir calon presiden yang diluluskan oleh Majlis Penjaga.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pilihan Raya AS: Biden peroleh cukup perwakilan untuk jadi calon presiden Demokrat
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.
Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang
Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.
Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
Pilihan Raya Indonesia: Anies, Muhaimim sebagai calon presiden, timbalan presiden
Pilihan raya presiden Indonesia semakin rancak apabila Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar masing-masing diisytihar calon presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.
Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.