COVID-19: Mexico catat lebih 30,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Januari 9, 2022 01:28 MYT
Petugas kesihatan memerhati pesakit COVID-19 di Hospital Besar Ajusco Medio yang dikhaskan bagi merawat individu yang dijangkiti virus berkenaan. - Foto AP
MEXICO CITY: Mexico mencatatkan lebih 30,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Sabtu, angka tertinggi sejak virus itu mula dikesan di negara berkenaan.
Menurut data Kementerian Kesihatan, sebanyak 30,671 kes dikesan pada Sabtu selepas mencatatkan lebih 20,000 kes baharu tiga hari berturut-turut.
Sebanyak 202 kes kematian pula dilaporkan semalam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat ini kepada 4.1 juta dengan 300,303 kes kematian, jumlah korban kelima tertinggi di dunia.
Pegawai kesihatan memberi amaran angka tersebut mungkin jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar akibat kurangnya ujian saringan COVID-19 yang dilakukan terutamanya di kawasan pedalaman.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #ujian saringan