Lebih daripada 1 juta kes COVID-19 dikesan di Amerika Syarikat (AS) menjadikannya paling banyak dilaporkan di dunia.
Hasil kajian Johns Hopkins University, kematian akibat COVID-19 di AS sehingga Selasa melepasi 57,000 adalah bersamaan kematian dicatatkan virus selesema pada 2019 sehingga 2020 yang diperoleh dari data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Bagaimanapun, kadar kematian sebenar COVID-19 masih belum jelas namun menunjukkan kadar yang jauh lebih tinggi daripada wabak selesema, yang dianggar di antara 9 juta dan 45 juta orang di AS setiap tahun.
AS mempunyai lebih banyak kes COVID-19 daripada negara lain.
Sepanyol yang mempunyai sekitar 50 juta rakyat berbanding 332 juta di AS yang mempunyai 232,128 kes.
Itali yang mempunyai populasi sekitar 62 juta orang, mempunyai 201,505 kes.
Sementara China, negara di mana wabak itu bermula, melaporkan jumlah kurang dari 84,000 kes pada Selasa petang.
Di antara negeri di AS, New York paling teruk dilanda pandemik ini dengan hampir 300,000 kes dan 22,000 kematian, diikuti New Jersey.
Tetapi keadaan telah bertambah baik di negara-negara tersebut, yang telah melaporkan kejayaan dalam mengurangkan kadar jangkitan.
Kini, lebih banyak negeri luar bandar yang merasakan kesan wabak itu, ketika mereka menyaksikan jumlah jangkitan meningkat.
Kes meningkat di Iowa di mana koronavirus merebak di salah satu kilang pembungkusan daging babi utama di negara itu.
Walaupun terdapat peningkatan kes yang besar, gabenor mulai meredakan sekatan di beberapa bahagian di negeri berkenaan.
Negeri-negeri lain seperti Georgia, Tennessee dan Texas juga telah mula mengurangkan sekatan, walaupun kes di negeri-negeri tersebut meningkat.
Presiden AS, Donald Trump tidak konsisten dalam memberi pencerahan kepada gabenor yang ingin membuka semula negeri masing-masing sama ada mereka memenuhi kreteria persekutuan untuk perkara berkenaan atau sebaliknya.
Trump pada mulanya mendakwa mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan pembukaan negeri kini berubah dan mengatakan ia di bawah kuasa gabenor itu sendiri.
Pada minggu berikutnya, Trump menunjukkan sokongan untuk protes di beberapa negeri terhadap perintah tinggal di rumah selain membuat ciapan bahawa negeri-negeri ini harus dibebaskan.
Namun, hanya beberapa hari kemudian, dia mengkritik keputusan Gabenor Georgia, Brian Kemp untuk membuka semula beberapa perniagaan yang tidak penting di negaranya.
Astro Awani
Tue Apr 28 2020
Kematian akibat COVID-19 di AS sehingga Selasa melepasi 57,000 adalah bersamaan kematian dicatatkan virus selesema pada 2019 sehingga 2020. - Reuters
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: AS negara tertinggi kes jangkitan melebihi 1 juta
Lebih daripada 1 juta kes COVID-19 dikesan di Amerika Syarikat (AS) menjadikannya paling banyak dilaporkan di dunia.