PALESTIN pada Jumaat mengumumkan melanjutkan Perintah Berkurung selama sebulan lagi untuk membendung penularan pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat menerusi kenyataan di laman Twitter mengesahkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberikan arahan melanjutkan tempoh tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Mohammad Shtayyeh berkata, tempoh perintah berkurung bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Menerusi arahan tersebut, semua premis perniagaan kecuali farmasi diarahkan tutup selepas pukul 5 petang.

Setakat ini, Palestin mencatatkan 161 kes COVID-19.