COVID-19: Pantai-pantai di Rio De Janeiro ditutup

Astro Awani
Mac 20, 2021 21:51 MYT
Bagi sesetangah penduduk di Rio, sekatan terbaharu itu dilihat tidak mencukupi malah menggesa pihak kerajaan untuk melakukan sekatan berkumpul. - Foto REUTERS
Pantai-pantai ikonik di Rio De Janeiro, Brazil ditutup buat pengunjung bermula Sabtu buat pertama kali sejak ia mula dibuka semula pada Julai tahun lepas.
Ini susulan berlakunya peningkatan drastik jumlah kes COVID-19 di hospital sehingga menyaksikan sistem kesihatan negara itu dalam keadaan tertekan.
Pada Jumaat, Setiausaha Kesihatan Perbandaran, Daniel Soranz mengumumkan sekatan baharu tersebut dan pada masa memaparkan data terbaharu COVID-19 di negara itu.
Susulan sekatan itu, pihak polis digerakkan bagi melakukan rondaan di kawasan pantai bagi memastikan rakyat patuh kepada arahan tersebut.
Bagaimanapun, bagi sesetangah penduduk di Rio, sekatan terbaharu itu dilihat tidak mencukupi malah menggesa pihak kerajaan untuk melakukan sekatan berkumpul.
Difahamkan, pihak berkuasa akan mengumumkan beberapa sekatan baharu pada Isnin selepas sidang mesyuarat khas.
Untuk rekod, Brazil mencatatkan 2,724 kematian dalam 24 jam lalu mencapai lebih dari 290,000 kematian sejak bermulanya pandemik ini.
#Brazil #Rio de Janeiro #polis #COVID-19 #Pantai