KERAJAAN Australia sahkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang.

Bagaimanapun, pelitup muka masih perlu dipakai ketika berada di dalam pesawat.

Dalam satu kenyataan, kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa atas nasihat Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC), arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhkan bermula Sabtu ini.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan COVID-19.

Pengumuman itu dibuat ketika kes COVID-19 negara itu terus menunjukkan trend meningkat.

Pada pagi Rabu, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dan lebih 40 kematian.