Rakyat Thailand berpusu-pusu ke pasar raya dan kedai runcit pada Ahad untuk membeli barang keperluan berikutan kebimbangan peningkatan kes wabak COVID-19 di negara itu.
Video dan imej yang memaparkan rak-rak kosong, troli yang penuh dengan makanan kering, barisan panjang yang luar biasa di kaunter-kaunter pasar raya kini tular di media sosial.
Ramai daripada pengunjung berkongsi pengalaman mereka di pasar-pasar raya yang penuh sesak dengan pelanggan membeli dalam kuantiti banyak.
Pada Ahad, Thailand mencatatkan 32 kes baharu COVID-19, angka tertinggi dalam sehari sejak wabak itu berlaku pada Januari, menjadikan jumlahnya 114 kes di negara ini.
Tinjauan di pusat beli-belah Big C Ekkamai di Bangkok mendapati pengunjung memakai topeng muka dan sarung tangan, menolak troli penuh dengan kertas tandas, makanan dalam tin, makanan kering, beras serta air botol. Rak menempatkan susu formula bayi dan makanan haiwan kesayangan semakin kosong.
Seorang suri rumah berumur 46 tahun, Lalita Saiwan berkata dia membeli bekalan makanan dan barangan perlu sebagai langkah berjaga-jaga.
"Semua orang berbelanja lebih daripada biasa sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sekatan keluar masuk di seluruh negara susulan peningkatan ketara kes COVID-19, kami mempunyai bekalan makanan yang cukup," katanya kepada BERNAMA.
Seorang pekerja di Big C, yang enggan dikenali berkata makanan yang mempunyai jangka hayat lebih lama cepat habis sejak minggu lepas.
Bagaimanapun, katanya lebih banyak orang membeli dalam kuantiti banyak terutamanya air botol, beras dan mee segera sejak tengah hari semalam.
"Kebanyakan mereka membeli satu troli penuh. Anda dapat lihat barangan di rak-rak habis dengan begitu cepat sehingga kami tidak menang tangan menggantinya dengan stok baharu," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha menasihatkan orang ramai supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik.
"Tidak perlu melakukan pembelian panik. Kita masih belum di peringkat untuk menyimpan bekalan makanan ...jangan takut," katanya kepada pemberita semalam. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 16 2020
Pada Ahad, Thailand mencatatkan 32 kes baharu COVID-19, angka tertinggi dalam sehari sejak wabak itu berlaku pada Januari, menjadikan jumlahnya 114 kes di negara ini. - Gambar Astro AWANI.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.