COVID-19: Pengarah hospital Wuhan masih 'bertarung nyawa'

Agensi
Februari 17, 2020 22:11 MYT
Beberapa media tempatan lain melaporkan bahawa Zhiming masih bertarung nyawa dan sedang mendapatkan rawatan rapi daripada pihak hospital. - Weibo
PENGARAH sebuah hospital di Wuhan, China dilapor berada dalam keadaan kritikal susulan dijangkiti virus COVID-19 yang sudah meragut lebih 1,800 nyawa setakat ini.
Memetik laporan The People’s Daily, Dr Liu Zhiming yang menyandang jawatan Pengarah Hospital Wuchang kini sedang dirawat.
Terdahulu media melaporkan kematian Dr Liu, namun menarik balik berita tersebut setelah dimaklumkan beliau masih bertarung nyawa dan sedang menjalani rawatan rapi di hospital.

NOW: Liu Zhiming, director of Wuchang hospital in Wuhan, is said to be seriously ill and in life support; reports of his death have now been denied by local media citing family and hospital sources

— BNO Newsroom (@BNODesk) February 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, China mengambil langkah mengekang penularan berita palsu termasuk sumber maklumat mengelirukan yang dikeluarkan oleh media tempatan dari wilayah berkenaan.
BACA: COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu
BACA: Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh
BACA: Dr Li Wenliang, doktor yang beri amaran tentang koronavirus meninggal dunia
#Beijing #coronavirus #Hospital #Media #meninggal dunia #pengarah hospital